fb fb fb fb fb

32 pelajar keracunan, makan ayam masak lemak cili padi

AYER KEROH, 1 Ogos- Seramai 32 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan di Durian Daun, Melaka mengalami keracunan makanan sejak awal pagi semalam.

Exco Kesihatan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata pelajar terbabit mengalami gejala cirit birit, sakit perut dan muntah selepas makan ayam masak lemak cili padi di dewan makan asrama sekolah berkenaan pada Ahad lalu.

Sehingga hari ini masih terdapat pelajar mengadu mengalami gejala sama.

Namun, kesemua pelajar terlibat hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tiada yang dimasukkan ke wad.

"Terdapat aduan perubahan fizikal pada ayam yang dimakan. Siasatan awal mendapati kejadian ini adalah keracunan makanan tetapi ia adalah terkawal.

"Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Melaka menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan pelajar yang mempunyai simptom dan punca kejadian ini berlaku," katanya kepada pemberita di Seri Negeri, di sini.

Susulan itu, dapur asrama terbabit ditutup 14 hari di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


(Sehingga hari ini masih terdapat pelajar mengadu mengalami gejala sama.)

Media Baharu