fb fb fb fb fb

32 negara sebulat suara tentang insiden bakar Al-Quran

Foto FB Menteri

PUTRAJAYA, 1 Ogos- Sebanyak 32 negara sebulat suara menentang kejadian penghinaan dan pembakaran kitab suci Al-Quran yang berlaku di beberapa buah negara.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Sesi Luar Biasa ke-18 Majlis Menteri-Menteri Luar, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung secara dalam talian pada Isnin.

Malaysia yang diwakili Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dalam kenyataan turut menegaskan tentang peri pentingnya prinsip sejagat dalam menghormati agama dan kitab-kitab suci agama.

Selain itu, menyeru masyarakat dunia berganding bahu bagi menangani isu Islamofobia untuk memaparkan imej sebenar Islam sebagai agama yang membawa mesej keamanan, kesederhanaan dan toleransi.

"Mesyuarat yang dihadiri 57 buah negara anggota OIC itu dipengerusikan Menteri Luar Republik Mauritania, Mohamed Salem Ould Merzoug yang juga Pengerusi Majlis Menteri Luar Negeri OIC," menurut kenyataan itu.


(Foto FB Wisma Putra)

Agenda utama mesyuarat berkenaan bagi membincangkan jenayah berulang penghinaan dan pembakaran kitab suci Al-Quran di Sweden dan Denmark.

Sebagai salah sebuah negara pengasas OIC, Malaysia kekal komited di dalam menggalakkan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama serta memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.

Media Baharu