fb fb fb fb fb

Tingkat penyampaian maklumat, RTM dan DBP perlu bekerjasama - Fahmi

(Foto Fahmi Fadzil)

PUTRAJAYA, 1 Ogos- Stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menyampaikan maklumat serta perkembangan sektor teknologi terutamanya dalam bahasa Melayu kepada orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu ekoran akan wujud lebih banyak teknologi baharu yang memerlukan penggunaan bahasa Melayu yang bersesuaian.

"Bahasa Melayu kita ada perkataan-perkataan, frasa- frasa yang bersesuaian dan kerap digunakan. Perkembangan bahasa itu sendiri perlu dikembangankan, sejajar dengan pertumbuhan dalam sektor teknologi.

"Selain daripada aspek berita, ruangan khas dan khusus boleh diwujudkan untuk memberikan ruang kepada DBP bercakap mengenai istilah perkembangan teknologi dalam bahasa Melayu," katanya kepada media selepas merasmikan majlis 'Public Sector Day Malaysia 2023' di Putrajaya.


(Foto Fahmi Fadzil)

Media Baharu