fb fb fb fb fb

Dua lelaki maut dalam kemalangan di Perak

(Foto Fail)

PARIT, 1 Ogos- Dua lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 19, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja dekat Parit, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa berkenaan masing-masing berusia 64 tahun dan 17 tahun.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash berusia 64 tahun dari arah Tanjung Belanja ke Kampung Tua telah membelok ke kanan secara tiba-tiba.

"Tindakan itu menyebabkan motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang remaja 17 tahun dari arah Bota Kiri ke Tanjung Belanja tidak sempat mengelak sebelum merempuh motosikal berkenaan.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa yang cedera parah di bahagian kepala telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada Hospital Changkat Melintang untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu