fb fb fb fb fb

Lebih 20,000 Axia baharu ditempah - Perodua

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Perodua secara rasmi melancarkan model Axia di seluruh negara hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata seramai 2,900 pelanggan akan menerima kereta baharu mereka dalam masa terdekat.

"Jumlah tempahan diterima sebanyak 20,100 unit. Daripada jumlah tersebut, 13,600 pelanggan menukar tempahan Axia generasi sebelumnya kepada model baharu. Lebih 6,500 pelanggan melakukan tempahan baharu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya, harga rasmi Axia serba baharu ini antara RM38,600 hingga RM49,500 seunit (Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).


(Harga rasmi Axia serba baharu ini antara RM38,600 hingga RM49,500 seunit
(Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans))

Media Baharu