GEORGE TOWN, 14 Februari - Sejumlah RM283 juta perolehan pendapatan dicatatkan Koperasi Pulau Pinang pada tahun 2022 berbanding RM261 juta pada tahun sebelumnya.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Koperasi Pulau Pinang, Norlelah Samsuddin, ia merupakan prestasi yang memberangsangkan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hampir dua tahun.
"Kalau kita tengok, sebab perolehan kita meningkat daripada RM261 juta kepada RM283 juta untuk tahun 2022, ada peningkatan perolehan," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, di sini.
(Pengarah Suruhanjaya Koperasi Pulau Pinang, Norlelah Samsuddin (tiga dari kiri) pada Majlis
Apresiasi Gerakan Koperasi di George Town, Pulau Pinang)
Dalam majlis sama, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM300,000 geran kepada koperasi di negeri itu dalam usaha melonjakkan lagi kegiatan ekonomi koperator-koperator terlibat.
Setakat ini, terdapat 795 koperasi di Pulau Pinang dengan keanggotaan melebihi 191,000 anggota.