fb fb fb fb fb

Lebih 2.7 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA, 16 Januari - Lebih 2.7 juta individu atau 88.1% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2.86 juta individu atau 90.9% daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sejumlah 22.9 juta individu atau 97.8% daripada mereka telah lengkap vaksinasi.

Manakala 23.18 juta individu atau 99% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, 167,955 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 985 dos pertama, 897 suntikan dos lengkap dan 166,073 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60.7 juta dos.

Jumlah kumulatif pemberian dos penggalak pula kini sebanyak 9.2 juta dos.

Media Baharu