fb fb fb fb fb

Banjir di Johor: 24 keluarga terjejas kekal berlindung di PPS Segamat

SEGAMAT, 16 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat kekal 77 individu daripada 24 keluarga, setakat 10 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata tiga PPS masih beroperasi di daerah itu.

PPS Sekolah Agama Gemereh menempatkan 74 orang daripada 22 keluarga manakala tiga orang daripada dua keluarga berada di Balai Raya Gemereh, Batu Badak.

Manakala, PPS Dewan Serbaguna Jalan Genuang pula sebagai persediaan bagi perintah pengawasan dan pemerhatian.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat supaya berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut berada pada tahap waspada.

Cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini.

 

Media Baharu