fb fb fb fb fb

KPKT peruntuk RM117.5 juta pascabanjir

MUAR, 16 Januari - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan 117.5 juta ringgit untuk pasca banjir di seluruh negara.

Masing-masing RM50 juta untuk pembaikan dan pemulihan fasiliti awam menerusi Pihak Berkuasa Tempatan, serta membina baru dan baik pulih rumah terjejas banjir menerusi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Timbalan Menteri, Datuk Sri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, RM12.5 juta lagi untuk kerja-kerja pembersihan sisa banjir dan RM5 juta untuk Bantuan Bakul Bencana.

Angka itu akan ditambah sekiranya perlu, berdasarkan data dikumpul selepas keadaan banjir benar-benar pulih.

Beliau berkata demikian ketika hadir Operasi Mega Pembersihan Pasca Banjir di Muar, Johor.

Tambahnya, 85,134 tan sisa banjir dibersihkan di enam negeri terlibat banjir, sehingga semalam.

Di Johor sahaja, 275.63 tan sisa banjir dibersihkan sehingga semalam.

Media Baharu