fb fb fb fb fb

Lebih 150 orang terjejas banjir di Perak

Tiga daerah di Perak terjejas banjir

IPOH, 30 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak setakat pukul 8.00 pagi tadi mencatatkan peningkatan kepada 156 orang berbanding hanya 120 orang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi setakat ini.

"PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Star di Selama menempatkan 30 penduduk daripada 11 keluarga, melibatkan dua kawasan terjejas.

"Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang mencatatkan peningkatan mangsa semalam, menempatkan 85 penduduk daripada 25 keluarga.

"Manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian pula kekal menempatkan 41 penduduk daripada sembilan keluarga," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengeluarkan amaran bahaya bagi paras Sungai Bidor di Changkat Jong yang melebihi 3.50 meter.

Amaran berjaga-jaga turut dikeluarkan bagi Sungai Slim River di daerah Muallim dan Sungai Kinta kawasan Tanjung Tualang yang menghampiri paras bahaya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM