fb fb fb fb fb

Lebih 11,000 suri rumah di Kelantan sertai SKSSR

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob

TANAH MERAH, 10 Januari- Lebih 11,000 suri rumah berinsurans di Kelantan telah didaftarkan dalam skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Akta 838.

Ia bagi menghargai jasa dan peranan golongan itu dalam mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob berkata PERKESO amat berharap agar lebih ramai wanita di Kelantan peka akan perlindungan yang disediakan pihaknya dalam melindungi diri semasa melakukan aktiviti rumah tangga.

"Saya sangat menyarankan supaya suri rumah di Negeri Kelantan mengambil peluang mencarum dengan PERKESO, tidak mahal, RM10.00 sahaja sebulan, RM 120.00 setahun.

"Untuk tahun lepas kita menyasarkan 16,000 untuk Negeri Kelantan, kita mendapat lebih 11,000, jadi tidak juga capai, namun kita terus berusaha mendapatkan pencapaian yang lebih baik tahun 2024 ini", katanya selepas melawat kediaman penerima Faedah Keuzuran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah pertama di Kelantan di Kg. Manal Setia Tanah Merah.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dick Khuzariry Mohamad.

Nora berkata, PERKESO sangat komited dalam menyebarkan faedah-faedah yang ada di bawah akta-akta yang diwujudkan.

Sejak diperkenalkan pada Disember 2022, lebih 200,000 orang telah mencarum dalam skim tersebut.

Skim ini bukan sahaja melindungi suri rumah sepenuh masa, tetapi melindungi semua wanita termasuk yang masih bujang dan berkerjaya dalam menguruskan perihal rumah tangga.

ROSLINA BINTI DIN