fb fb fb fb fb

Lebih 100 orang penduduk terjejas banjir di daerah Hilir Perak

(Foto Fail)

IPOH, 13 November- Seramai 137 orang penduduk terjejas banjir daripada 40 buah keluarga dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Hilir Perak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, daripada jumlah tersebut seramai 114 orang daripada 34 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART), Changkat Jong.

Mereka merupakan penduduk dari Kampung Batu 7, Lorong Mesra, Kampung Batu 8, Lorong Kedah, Kampung Batu 8, Lorong Sidang Osman dan Kampung Batu 9, Simpang Tiga.

Manakala, 23 orang lagi dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak turut memaklumkan berlakunya kejadian banjir kilat di Taman Kledang Fasa 2, Sungai Siput dan beberapa kawasan sekitar Taiping, malam ini.

Bagaimanapun, tiada PPS dibuka di kedua-dua kawasan tersebut dan pemantauan berkala dilakukan dari semasa ke semasa.


(Seramai 137 penduduk terjejas banjir dipindahkan
ke dua PPS di daerah Hilir Perak/Foto Fail)

Media Baharu