fb fb fb fb fb

Tiga sekeluarga terkorban, rumah terbakar di Kuching

(Rumah banglo dua tingkat di Jalan Bunga Tongkeng Kampung Gita, Kuching
yang hangus dalam kebakaran malam ini)

KUCHING, 13 November- Tiga sekeluarga terkorban dalam insiden kebakaran yang melibatkan sebuah rumah banglo dua tingkat di Jalan Bunga Tongkeng Kampung Gita, Kuching, Sarawak malam ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, negeri, Datuk Khirudin Drahman, pihaknya panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.03 minit malam.

Beliau memaklumkan kesemua mangsa ditemukan pada pukul 8.40 malam dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah terbabit.


(Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, negeri
Datuk Khirudin Drahman)

"Bila sampai ke tempat kejadian, saya dapati api sudah marak dari bawah ke atas. Pada masa itu, kita dalam proses pemadaman, baru lah dimaklumkan oleh anak bahawa didapati bapa dan juga adik dia perempuan dan anak buah kemungkinan besar berada dalam rumah tersebut", katanya.

Datuk Khirudin yang ditemui pemberita di lokasi kejadian memberitahu mangsa yang terkorban seorang lelaki berumur 69 tahun dan dua wanita masing-masing berumur 35 tahun dan 22 tahun.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Media Baharu