fb fb fb fb fb

AirAsia sambung semula penerbangan ke Taipei bulan depan

(FOTO HIASAN)

TAIPEI, 13 November- Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia, pada Ahad berkata ia akan menyambung semula perkhidmatan dari Taipei ke Kuala Lumpur mulai 1 Disember, Taipei ke Sabah mulai 10 Disember dan Taipei ke Chiang Mai dari 15 Disember.

Pengumuman itu dibuat berikutan kembalinya perkhidmatan laluan Kaohsiung - Kuala Lumpur pada Sabtu, menurut agensi berita Central (CNA).

AirAsia memulihkan perkhidmatan di laluan itu selepas dua tahun setelah Taiwan melonggarkan sekatan sempadan yang diperkenal sejak awal pandemik COVID-19, bulan lepas.

Perkhidmatan AirAsia pasca pandemik pertama ke Taiwan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada pukul 5:25 petang Sabtu, dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung pada 9:55 malam, menurut syarikat penerbangan itu.

AirAsia mula terbang dari Taiwan pada 2004 dengan laluan Kuala Lumpur-Kaohsiung dan Kuala Lumpur-Taipei sentiasa popular, menurut syarikat penerbangan itu.- BERNAMA


(FOTO HIASAN)

Media Baharu