fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 Jalur Gemilang diedar sempena kempen patriotisme di Klang

Foto fail

KLANG, 23 Ogos -Lebih 1,000 bendera Malaysia diagihkan kepada penduduk sekitar Taman Klang Jaya menerusi "Kempen Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang".

Program dianjurkan Jabatan Penerangan Daerah Klang bersama Jabatan Perpaduan Negara dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan penduduk setempat.

Menerusi kempen itu, taklimat ringkas turut diberikan bagi memastikan Jalur Gemilang dikibarkan dengan cara yang betul.

Pegawai Penerangan Daerah Klang Siti Rosliza Ibrahim berkata, masyarakat perlu mengetahui tanggungjawab mereka untuk memahami dan menghormati simbol negara dengan memasang bendera mengikut panduan rasmi.

"Kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah 68 tahun merdeka ini sepatutnya cakna tentang pemasangan Jalur Gemilang secara betul, di laman web Jabatan Penerangan sendiri kita ada nenunjukkan tatacara pemasangan Jalur Gemilang yang betul," katanya.

"Kempen ini telah mengedarkan bendera dan memaklumkan kepada orng awam khususnya tentang kaedah dan cara pemasangan yang betul bagi mengelakkan isu-isu berbangkit di kemudian hari," kata Pegawai Perpaduan Daerah Klang Mohd Firdaus Sulaiman.

TETITIA YUSOFF