fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Arab Saudi, peluang teroka kerjasama baharu

JEDDAH, 22 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi dapat memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.

Seterusnya memperkukuh hubungan bilateral antara Kuala Lumpur-Riyadh yang terjalin sejak tahun 1961.
 
Kunjungan ke Arab Saudi, bagi memenuhi jemputan negara itu.

Perdana Menteri tiba di sini, kira-kita pukul 6.42 pagi tadi waktu tempatan.
 
Ketibaan beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut Gabenor Jeddah, Putera Saud Bin Abdullah Bin Jalawi Al Saud.
 
Turut serta pada lawatan rasmi itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) dan isteri
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menunaikan umrah di tanah suci Mekah)

Dalam pada itu, sebaik tiba di Jeddah, Perdana Menteri meneruskan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, bersama-sama isteri.
 
Mereka dibimbing mutawwif dari Malaysia, Mohammad Zarif Misbari yang juga penuntut tahun dua jurusan syariah di Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah.
 
Turut serta menunaikan umrah ialah Dr. Zambry Abdul Kadir, Fahmi Fadzil serta delegasi Malaysia.
 
Ziarah ke Madinah pula dijadual pada Jumaat ini, bagi mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.

Media Baharu