fb fb fb fb fb

Lawatan rasmi Imam Masjid Al-haram Mekah, perkukuh kerjasama dua hala

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Na'im

PUTRAJAYA, 11 Oktober - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar menerima kunjungan hormat Imam Masjid Al-Haram, Mekah Al-Mukarramah, Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Muaiqly di pejabatnya selepas solat Jumaat petang tadi. 

Beliau yang datang bersama-sama rombongannya meluangkan masa membincangkan isu pengurusan hal ehwal Islam kedua-dua negara. 

Beliau dijadualkan menghadiri Perasmian Penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2024, esok.

Lawatan tiga hari hingga 13 Oktober ini, merupakan kunjungan rasmi kali pertama beliau ke Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak dilantik sebagai Imam Masjidil Haram Mekah pada tahun 2007. 

Hasil kunjungan tersebut diharap dapat mengeratkan hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi terutama dalam memperkukuh dan memajukan umat Islam.

TETITIA YUSOFF