fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Rusia langkah strategik, tingkat dagang gas & tenaga nuklear – Penganalisis

FOTO PMO

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia bukan sekadar kunjungan diplomatik biasa tetapi satu langkah strategik meningkatkan hubungan dagang ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.

Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menjelaskan, kunjungan tersebut menjadi amat signifikan dalam konteks perdagangan dua hala kerana Malaysia dan Rusia merupakan ahli penting dalam blok perdagangan masing-masing.

"Contohnya Rusia sebagai pengasas kepada BRICK manakala Malaysia pula sebagai pengerusi tahun ini dalam ASEAN, jadi penerimaan Malaysia sebagai ahli Bricks juga memudahkan lagi hubungan ekonomi dengan Rusia terutama dalam memperluaskan pasaran eksport Malaysia melebihi pasaran semasa ibarat Amerika Syarikat, UK dan Kesatuan Eropah", katanya.

Tambah beliau saluran perdangan itu harus digunakan sebaiknya untuk mempelbagaikan dan memperluaskan pasaran eksport negara sekali gus menggelakkan kebergantungan kepada pasaran tradisional seperti China, Amerika Syarika dan negara-negara besar lain.

"Saluran perdagangan dengan Rusia ini harus dipergunakan sebaik-baiknya untuk mempelbagaikan lagi dan memperluaskan lagi pasaran eksport barangan Malaysia dari pasaran yang sedia ada bagi mengelakkan kita terlalu bergantung kepada pasaran tradisional seperti China, Amerika Syarikat dan negara-negara lain," katanya.

Jelasnya lagi, kelebihan dan kebolehan Rusia dalam penyelidikan serta pembangunan (R&D) antara termaju di dunia antara nilai tambah yang diperlukan negara dalam membangunkan lagi industri gas asli dan tenaga nuklear negara.

"Antara syarikat tenaga utama dari Rusia ialah Rosneft, di mana Petronas turut memiliki pegangan ekuiti. Manakala Gazprom, sebuah lagi syarikat multinasional milik Rusia, mempunyai sejarah hubungan kerjasama yang baik dengan Malaysia. Menerusi asas hubungan yang sudah sedia terjalin ini, Malaysia wajar mengambil peluang memperkukuh kerjasama dagangan melalui projek kolaboratif berimpak tinggi termasuk dalam pembangunan produk baharu. Sebagai contoh, sebuah kilang sintetik telah pun ditubuhkan di Malaysia hasil kerjasama dengan pihak Rusia, menunjukkan potensi besar dalam industri berasaskan teknologi.

"Melihat kepada kekayaan sumber asli dan komoditi kedua-dua negara, kerjasama Malaysia-Rusia seharusnya ditingkatkan untuk membangunkan produk bernilai tambah tinggi. Penggunaan teknologi canggih yang dimiliki Rusia mampu dimanfaatkan untuk meneroka pasaran baharu secara bersama, selain mengukuhkan daya saing dalam sektor strategik seperti tenaga, kimia dan pembuatan," katanya lagi.

Sehingga kini, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM11.46 bilion atau sekitar AS$2.48 bilion.

Eksport utama Malaysia ke Rusia merangkumi pelbagai sektor, antaranya produk elektrik dan elektronik, jentera serta alat ganti, selain makanan yang diproses.

Sementara itu, import utama Malaysia dari Rusia terdiri daripada produk petroleum dan mineral, di samping bahan kimia dan produk berasaskan kimia.

 

1505 NSL REAX AMI MINYAK DAN GASPenganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE