VIENTIANE, 26 Jun- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Laos akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk memacu kerjasama sedia ada.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, pertemuan kedua-dua negara itu bakal meneroka bidang perkongsian baharu.
"Kita berkeyakinan bahawa lawatan diadakan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua negara kerana kedua-dua hab yang terjalin ini adalah begitu baik," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.
Tambah Zambry, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Laos melonjak sebanyak 425 peratus.
Daripada AS$48.7 juta ia meningkat pada tahun 2021 kepada AS$255.6 juta pada tahun berikutnya.
Pelaburan utama Malavsia di Laos adalah dalam sektor tenaga, zon perdagangan bebas, automotif, perbankan dan kewangan.
Perdana menteri dijadual mengadakan pertemuan ke atas rakan sejawatannya Dr. Sonexay Siphandone esok dan diberi sambutan rasmi di bangunan pejabat perdana menteri Laos.
Perdana menteri juga akan memberi kunjungan hormat ke atas Dr Thongloun Sisoulith serta Presiden Dewan Negara Laos.
(Pelaburan utama Malavsia di Laos adalah dalam sektor tenaga, zon perdagangan bebas,
automotif, perbankan dan kewangan)