fb fb fb fb fb

86.9 peratus responden setuju konsep Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Sebanyak 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara menyatakan bersetuju dengan pelaksanaan konsep Malaysia Madani.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata menerusi kaji selidik yang dibuat Jabatan Penerangan mendapati sebanyak 68.1 peratus responden menyatakan kefahaman terhadap konsep berkenaan.


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)

"Ini adalah petanda positif yang mana pihak kementerian ambil maklum dan berusaha memastikan bahawa ia bukan sekadar retorik.

"Ini memang jelas usaha kerajaan, dari segi ekonomi jaga tatasusila keharmonian keutuhan masyarakat dan diterjemah lebih daripada semata-mata sebagai bg slogan dan konsep. Alhamdulillah dari segi hasil ekonomi pelaburan yang masuk memang jelas ia mendatangkan hasil positif pada rakyat", katanya dalam sesi Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad mengenai usaha kerajaan memahamkan rakyat mengenai konsep Malaysia Madani. 

Gagasan Malaysia Madani dilancarkan pada 19 Januari 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Media Baharu