fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Korea Selatan jana pelaburan dan eksport bernilai tinggi

FOTO PMO

GYEONGJU, 1 November - Malaysia berjaya memperkukuh kerjasama strategik diperingkat serantau dan global menerusi lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan, yang berakhir hari ini.

Ia bukan saja merancakkan pelaburan bernilai tinggi, malah memperteguh kedudukan Malaysia sebagai rakan kongsi ekonomi yang diyakini.

Perdana Menteri memaklumkan, salah satu pencapaian yang diraih adalah menjana komitmen eksport lebih setengah bilion ringgit membabitkan sektor ammonia hijau dan urea mampan.

Ia hasil kerjasama dengan Namhae Corporation, pengeluar terbesar baja kimia dan produk Kimia dari Korea Selatan.

"Kerjasama JS Link dengan Lynas Malaysia pula membabitkan pembinaan fasiliti pembuatan ‘Super Magnet’ bernilai RM 600 juta, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan mineral kritikal dan teknologi bersih," katanya.

Selain itu pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent dan Gabungan Perniagaan AS-APEC pula membuka ruang pengukuhan kerjasama perdagangan serta peluang pelaburan.

Perdana Menteri bertemu kesemua delegasi berkenaan di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE