fb fb fb fb fb

Lawatan negara Presiden Singapura ke Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Mac- Presiden Singapura Halimah Yacob akan mengadakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula hari ini.

Ia adalah lawatan negara pertama Presiden Republik Singapura ke Malaysia sejak tahun 2013.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sambutan negara kepada Halimah di Istana Negara esok.

Semasa lawatan itu, Halimah juga dijadualkan menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kenyataan itu, lawatan berkenaan akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

(Halimah Yacob akan mengadakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula hari ini
/File BERNAMA)

Media Baharu