fb fb fb fb fb

Lawatan Konsulat China di Labuan kukuhkan hubungan diplomatik Malaysia–China

Majlis Makan Malam bersama Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC)

LABUAN, 12 November - Kehadiran Konsulat China di Kota Kinabalu Sabah, Dr. Zhu Xinglong dalam lawatan kerjanya ke Labuan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
 
Ia sekali gus membina peluang kerjasama serantau khususnya dalam sektor pelaburan di pulau ini dengan kemasukan para pelabur.

Dr. Zhu berkata Labuan berpotensi untuk berkembang maju kerana berstatus pulau bebas cukai dan menjadi pusat kewangan antarabangsa.
 
Jelasnya, hubungan perniagaan antara dua negara amat baik kerana kedua-kedua kepimpinan negara saling mengadakan lawatan kerja ke China dan Malaysia.
 
Selain itu, Dr. Zhu mencadangkan agar Labuan dapat merangka kerjasama dengan wilayah Hainan China kerana mempunyai sektor ekonomi yang boleh dipelajari di sana.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) pada Selasa.
 
Sementara itu beliau teruja melihat hubungan baik antara badan korporat dan swasta bersama dengan agensi dan jabatan kerajaan di sini.
 
Dalam pada itu, beliau turut merangka akan mengadakan lawatan kerja ke Labuan dua kali dalam setahun untuk meneroka pelaburan baharu yang memberikan impak kepada China dan Labuan.
 
Hadir sama pada majlis itu, Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) Datuk Wong Kii Yii , Ahli Lembaga Perbadanan Labuan Datuk Seru Simon Liew Shan Wen, Ketua Polis Daerah Labuan Penguasa Polis Supt. Mohd Hamizi Halim, Pengarah JBPM Labuan Abd Rahman Ali, pengerusi-pengerusi dewan perniagaan serta pemimpin masyarakat Tionghua.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE