fb fb fb fb fb

Lawatan kerja TPM ke Indonesia, bawa mesej penting berkait perang tarif

Foto Hiasan

JAKARTA, 19 April- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Indonesia bukan hanya memperkukuh hubungan dua hala Kuala Lumpur-Jakarta.

Malahan, turut membawa mesej penting daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, ia terutama berkait perang tarif dan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

"kerana Sidang Kemuncak ASEAN akan diadakan pada penghujung bulan Mei nanti. Sudah tentu juga akan membawa mesej mengenai persidangan itu dan isu-isu yang secara amnya akan dibincangkan.

Saya kira isu terkini yang paling hangat adalah isu mengenai bagaimana negara-negara termasuk negara-negara ASEAN cuba menangani perang tarif yang sedang melanda sekarang. Dua minggu lalu, tak salah saya, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN juga telah bertemu dan mengeluarkan satu kenyataan bersama," kata Datuk Syed Md Hasrin

Beliau menyatakannya pada sidang media di Jakarta sempena lawatan kerja Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid ke Indonesia selama tiga hari, mulai esok.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM