fb fb fb fb fb

Johor catat kutipan hasil RM575 juta, suku pertama tahun ini

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi/ Foto FB Onn Hafiz Ghazi

BATU PAHAT, 19 April – Hasil negeri Johor bagi suku pertama tahun ini mencecah RM575 juta, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus, berbanding RM400 juta, dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3 juta akan disalurkan bagi projek pembersihan dan pembuangan kelodak, melibatkan kawasan sepanjaang 20 kilometer di lembangan Sungai Senggarang, Batu Pahat.

Sebagai penyelesaian jangka masa panjang, untuk mengatasi isu banjir, satu rumah pam dan pam kekal hidraulik akan dibina di Parit Bengkok, melibatkan kos RM500,000.

“Sebab itu, tuan-tuan dan puan-puan, kita kena terus ke hadapan. Bila hasil negeri bertambah, takkanlah dengan hasil ini kita tidak salurkan balik kepada masyarakat. Itu niat kita. Tak guna ada bangunan pencakar langit, ekonomi berkembang, tetapi akhirnya rakyat tidak rasa apa yang kita buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Orang Muda Johor bagi DUN Parit Raja di Batu Pahat.

ROSLINA BINTI DIN