fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia tidak terjejas perubahan visa Amerika Syarikat

Wisma Putra berkata, pihaknya akan terus memantau secara rapi perkembangan semasa di sana

PUTRAJAYA, 19 APRIL – Rakyat Malaysia tidak terjejas dengan sebarang perubahan terhadap keperluan visa atau dasar imigresen Amerika Syarikat yang dilaporkan baru-baru ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan menjelaskan perkara itu susulan beberapa laporan media antarabangsa yang menyentuh perkembangan dasar imigresen baharu di negara tersebut.

“Namun begitu, rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat atau yang merancang untuk ke negara itu dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai dasar kemasukan, visa dan imigresen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Wisma Putra berkata, pihaknya akan terus memantau secara rapi perkembangan semasa dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia

“Semua pengembara disarankan merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan mengambil langkah berhati-hati dalam merancang perjalanan atau tinggal di luar negara.

“Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat juga diingatkan supaya mematuhi undang-undang tempatan, peraturan imigresen serta syarat visa masing-masing yang dikuatkuasakan secara ketat,” tambah kenyataan itu lagi.

Sekiranya memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi wakil diplomatik negara di:

  • Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C.
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Tel: +1 (202) 375 4396
  • Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Tel: +1-213-892 1238
  • Konsulat Jeneral Malaysia di New York
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Tel: +1 (212) 490-2723

GRACE AISYAH KEDAYAN