fb fb fb fb fb

Lawatan ke China bawa perkembangan positif - PM

(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

BEIJING, 2 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan rasminya selama tiga hari di sini, semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan China.

"Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa.

"Ia dianggap satu perkembangan yang sangat positif.

"Kunjungan ini ternyata memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.

"Hubungan antara Malaysia dan China akan terus disemarakkan terutama membabitkan perdagangan dan ekonomi demi manfaat bersama," katanya.

                
(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

Media Baharu