fb fb fb fb fb

Kebajikan veteran ATM akan terus terbela - Adly

(Foto BERNAMA)

ALOR SETAR, 2 April- Kebajikan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terbela menerusi pelbagai inisiatif bagi meningkatkan sosioekonomi mereka.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata antara inisitiaf kerajaan, melalui peluang kerjaya kedua dengan kerjasama beberapa agensi seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Menerusi inisiatif itu, veteran yang menamatkan perkhidmatan pada tahun ini akan dipadankan dengan peluang pekerjaan atau diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran.

"Selain pelbagai geran padanan dan dana pembiayaan ditawar kepada usahawan veteran.

"Veteran yang belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran juga diseru berbuat demikian bagi memudahkan tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Adly, melalui Program Inisiatif Perumahan Veteran tahun ini, 170 rumah disasarkan untuk dibaik pulih, manakala 40 rumah lagi akan dibina baharu.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu