fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke China bawa pulangan besar

(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

BEIJING, 2 April- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China menyaksikan pulangan pelaburan besar buat negara.

Malah hubungan Malaysia dan China terus diperkukuh menerusi kerjasama antara kerajaan dan komuniti perniagaan.

Kerajaan Perpaduan agresif dalam merebut peluang pelaburan menerusi 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai dalam pelbagai bidang termasuk teknologi hijau dan ekonomi digital.  

Nilai pelaburan bernilai lebih RM170 bilion bukti kesiapsiagaan kedua-dua negara memangkin pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan situasi menang-menang.

Ini termasuk komitmen kerajaan untuk mempermudah urusan perniagaan pelabur asing di Malaysia.

Menurut Presiden Status Perundingan Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Zhiguo Sun, lawatan Anwar ke China sangat berjaya.

"Malaysia dan China akan terus melakukan kerjasama bersama," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ahli Perniagaan, Dr Jason Hee pula berkata Anwar mengejutkan ramai dengan
membawa pulangan pelaburan yang besar.

"Kerajaan Perpaduan membawa pelaburan yang besar. Kami mengalu-alukan kerjasama terbabit, sekaligus memberi sokongan kepada peniaga terlibat," katanya.


(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

Media Baharu