fb fb fb fb fb

Latihan tumpahan minyak peringkat Borneo, tangani insiden pencemaran

Latihan Tumpahan Minyak Peringkat Borneo di perairan Labuan dan Teluk Brunei

LABUAN, 15 Mei- Jabatan Laut Malaysia Wilayah Persekutuan melaksanakan Latihan Tumpahan Minyak Peringkat Borneo di perairan Labuan dan Teluk Brunei dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan menangani insiden pencemaran laut.
 
Latihan itu disertai 100 individu membabitkan penglibatan daripada beberapa agensi jabatan kerajaan dan swasta.
 
Pengarah Jabatan Laut Wilayah Labuan, Alimuddin Amirudin berkata, latihan tersebut sebagai pendedahan kepada peraturan dan prosedur mengawal tumpahan minyak serta pengawalan, selaras dengan Pelan kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP).

"Latihan pada kali ini kita memfokuskan pembersihan laut. Ia bagi meleraikan molekul minyak supaya memudahkan proses pembersihan dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Latihan Tumpahan Minyak Peringkat Borneo di perairan Labuan dan Teluk Brunei di sini.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Labuan, Zulfadzli Zakaria berkata, elan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP) menjadi panduan supaya segala insiden tumpahan minyak dapat ditangani secara holistik dan berkesan.

"Kita juga melakukan rondaan laut pada hari-hari tertentu supaya kita boleh memastikan bahawa tiada sebarang operasi yang menyebabkan tumpahan minyak di sekitar pulau Labuan," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI