fb fb fb fb fb

Jemaah haji dari Johor diingatkan jaga kesihatan di tanah suci

Mohd Fared Mohd Khalid

KULAI, 15 Mei- Kira-kira 3,800 jemaah dari Johor yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini diingatkan supaya menjaga kesihatan sepanjang berada di tanah suci.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata perkara itu susulan laporan cuaca panas yang melanda Makkah dan Madinah, ketika ini.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji atas perkhidmatan yang sangat baik kepada para jemaah. Mereka dilayan dengan sangat sempurna dengan penerapan ilmu dan persiapan dari segi banter dan sebagainya.

"Kita juga mendoakan agar para jemaah ini dapat menjaga kesihatan, dapat mematuhi arahan Tabung Haji. Terutamanya dalam keadaan cuaca panas. Maka patuhi jadual yang telah ditetapkan mudah-mudahan pergerakan jemaah teratur dan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghantar jemaah haji kedua Kerajaan Negeri Johor berlepas ke Mekah, di sini.

Pagi tadi, seramai 142 daripada keseluruhan 500 jemaah haji dalam rombongan dari negeri itu. 

Dalam pada itu, Mohd Fared turut berharap kuota jemaah dapat dipertingkatkan pada musim haji akan datang.

Ia selari dengan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan jemaah di Mekah dan Madinah, yang dilaksanakan pihak Tabung Haji. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI