fb fb fb fb fb

Latihan simulasi menguji tahap kesiapsiagaan pelbagai agensi

MELAKA, 27 Oktober- Lebih 200 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa dan menyelamat di Melaka bersama aset dan fasiliti, terlibat dalam Latihan Simulasi Pengurusan Bencana sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Koordinator Latihan, Dr Khamarul Ariffin Arif menjelaskan, simulasi bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan ke semua pasukan terlibat berdasarkan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bilangan 20.

Latihan diadakan di Klinik Kesihatan Rembia dengan gambaran situasi sebuah helikopter terhempas di klinik berkenaan yang melibatkan lebih 50 mangsa.

Turut terlibat dalam latihan simulasi ini Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka, memandangkan kesemua fasiliti kesihatan ini masih perlu beroperasi seperti biasa walaupun sedang berlaku bencana.


(Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu)

“Sebab bila ada bencana hujungnya akan sampai ke hospital, hospital pun kena berjalan macam biasa dan hospital juga terpaksa menerima pesakit2 yang dalam bencana, jadi walaupun Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah sedang menjalani latihan, aktiviti harian tetap berjalan mcm biasa jadi itu memang objektif pengurusan bencana sebab kena focus pada pesakit bencana, ”katanya.

Manakala menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu, banyak garis panduan yang disediakan dan SOP tindakan yang boleh dan tidak boleh dibuat, tidak ada tujuan lain hanya untuk menggariskan tindakan agar ia tidak bertindih ataupun tidak tahu hendak buat apa antara setiap agensi penyelamat.

Latihan ini juga sebagai salah satu aktiviti dilaksana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2022.

Media Baharu