fb fb fb fb fb

8 sistem teras dan 31 sistem aplikasi sokongan dibangunkan MPAG

MELAKA, 27 Oktober - Sebanyak lapan sistem teras dan 31 sistem aplikasi sokongan dibangunkan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam usaha memudahkan masyarakat di daerah itu mendapatkan perkhidmatan terbaik yang disediakan.

Yang Dipertua MPAG, Saifuddin Abdul Karim berkata, sistem perkhidmatan pendigitalan ini membabitkan Sistem Lesen Online, Sistem Permohonan Sewaan Gerai, Sistem Penjawatan Online, Sistem e-Voting dan Sistem Aduan Awam Bersepadu.


(Yang Dipertua MPAG, Saifuddin Abdul Karim)

Beliau berkata, permohonan secara dalam talian yang mula diperkenalkan 1 Jun lalu ini menjimatkan masa kerja dan telah dimanfaatkan lebih 700 pengguna setakat ini.

Saifuddin berkata, pihaknya menyasarkan 50 peratus peniaga dan rakyat akan menggunakan platform ini untuk sebarang permohonan dan penyaluran aduan permasalahan di daerah itu sehingga hujung tahun ini.

"Rakyat kadang-kadang hendak dapatkan jawapan yang segera, jadi dari segi jabatan juga dalam organisasi kita ada sistem kami sendiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan segera. Jadi berdasarkan pada sistem ini kita telah memendekkan masa proses itu yang penting dia hendak tahu benda itu dengan cepat jadi bila kita ada dalam sistem, prosuder kerja kita gunakan sistem yang dibangunkan yang dapat mempercepatkan atau memendekkan masa kita, tidak perlu mungkin lepas mesyuarat terus boleh melaporkn pada pemohon sama ada lulus atau tidak itu kelebihan sistem ini,ā€¯katanya ketika ditemui pada perasmian pejabat baharu MPAG yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali

Saifuddin berkata, MPAG kini sedang membuat kajian dan mendapatkan maklum balas orang ramai berkenaan sistem berkenaan bagi proses penambahbaikan bagi kemudahan rakyat.

Media Baharu