fb fb fb fb fb

854 anggota MALBATT 850-10 berlepas ke Lubnan

(Sidang media oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum anggota MALBATT 850-10
berlepas ke Lubnan di Pengkalan Udara Subang)

SUBANG, 27 Oktober- Seramai 854 anggota MALBATT 850-10 berlepas ke Lubnan hari ini bagi menggantikan pasukan MALBATT 850-9 yang bakal menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon UNIFIL setelah berkhidmat selama 12 bulan.

Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama pasukan berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pengkalan Udara Subang.

Keseluruhan anggota MALBATT 850-10 terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain lain pangkat LLP, termasuk 30 pegawai dan anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ABDB serta seorang Pegawai Kewangan dari Kementerian Pertahanan.

"Penglibatan berterusan ini bukan sahaja membuktikan ATM sentiasa bersedia dan siap siaga untuk mengatur gerak pasukan kita melalui penugasan di luar tanah air, mencerminkan pengiktirafan dunia terhadap keupayaan dan kepakaran ATM dalam melaksanakan misi pengaman,"kata Hishammuddin.

Pasukan tersebut diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat melibatkan empat peringkat penghantaran.

MALBATT 850-10 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL dan di tempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma'rakah dan Kem Tibnin.

Selepas dua tahun, anggota keluarga dibenarkan berada di Pengkalan Udara Subang bagi mengucapkan selamat jalan kepada mereka yang terlibat dengan misi pengaman ini.


(Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan

pertama pasukan  MALBATT 850-10 ke Lubnan di Pengkalan Udara Subang)

Media Baharu