fb fb fb fb fb

Larangan kenderaan berat guna laluan utama pada waktu puncak


SEREMBAN,7 Jun- Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan berkompromi, sebaliknya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan berat yang menggunakan laluan utama di ibu negara pada waktu puncak, menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada individu yang meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya dan pihak yang melakukan kerja-kerja baik pulih tidak wajar pada waktu puncak.

Juga, penjaja yang berniaga hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.


(Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias)

Penguatkuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan pemantauan untuk tujuan itu.

"Saya sudah minta pihak penguat kuasa terutamanya pihakĀ Penguatkuasa DBKL supaya melakukan, melipat kali gandakan lagi penguatkuasaaan kita untuk memastikan perkara ini dapat kita cegah 100 peratus kerana antara penyumbang kepada kesesakan yang melampau sekarang ialah kemasukan kenderaan berat yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini," kata Jalaluddin kepada wartawan di sini.

Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) baru-baru ini mengeluarkan arahan terbaharu melarang pemandu kenderaan berat dengan muatan lebih 7,500 kilogram menggunakan jalan raya utama di Kuala Lumpur.

Arahan berkuatkuasa setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7:30 malam.

Media Baharu