CYBERJAYA, 16 Ogos - Seramai 10 individu, termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua wartawan portal berita, masih direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan dalam Op Sohor.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan sedang dijalankan susulan pendedahan maklumat risikan yang dipercayai dibocorkan kepada sindiket dengan bayaran tertentu.
Beliau memaklumkan, SPRM menerima kerjasama erat daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang komited membanteras sindiket berkenaan.
“Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor amat bekerjasama dan mahu perkara ini dibanteras. Banyak maklumat turut diperoleh hasil rangkaian hubungan baginda,” katanya.
Azam Beliau selepas merasmikan Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KOMAWAR) di Universiti Multimedia, Cyberjaya.