fb fb fb fb fb

Isu kekurangan pekerja, MEOA mohon permit kerja dipercepatkan

(Gambar Fail)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) berharap permit kerja bagi ladang bersaiz sederhana dan kecil akan dikeluarkan secepat mungkin seperti diperoleh syarikat perladangan besar.

Ini bagi memastikan isu kekurangan pekerja ladang ditangani segera sekali gus memenuhi permintaan minyak sawit global.

Awal tahun ini, persatuan itu menganggarkan, industri minyak sawit tempatan berdepan kekurangan 120,000 pekerja ladang.

Industri dan negara juga diunjur berdepan kerugian hasil RM28 bilion tahun ini, berikutan kekurangan penuai sawit seperti dilaporkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Kekurangan tenaga kerja juga dikhuatiri menjejaskan pendapatan sektor berkenaan pada masa akan datang, jika tidak ditangani segera.

Justeru, MEOA menggesa semua pihak berkepentingan agar menguruskan pengambilan semula pekerja dan menyelesaikan isu berkaitan dengan segera.


(Foto Fail)

Media Baharu