fb fb fb fb fb

Empat pelajar Malaysia lanjut pengajian di akademi tentera AS

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Empat pelajar Malaysia berjaya melanjutkan pengajian di tiga akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Pelajar terbabit ialah Muhamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza dari Maktab Tentera Diraja yang akan melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Laut AS (USNA).

Manakala Zarif Mohd Zamrin dan Edlan Mikyad Ahmad Syamly dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera AS (USMA) West Point dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) .

Empat kadet terlibat melalui proses pemilihan yang ketat dan berjaya terpilih bagi mengisi 15 slot yang diperuntukkan untuk calon antarabangsa bagi setiap akademi.

(Empat pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pengajian ke akademi tentera AS)

Kesemua kadet tersebut diraikan dalam satu majlis penyampaian sijil pelantikan yang disempurnakan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill.

Hadir sama, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.

Sehingga kini, seramai lima kadet tempatan sedang menyambung pengajian di Akademi Tentera AS.

Media Baharu