fb fb fb fb fb

Larangan bersuara ke atas Che'gu Bard dikeluarkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard tiba di Mahkamah Tinggi Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 20 Mei- Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengeluarkan perintah larangan bersuara ke atas Ahli Jawatankuasa Peneragan BERSATU Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan projek kasino di Forest City, Iskandar Puteri sehingga perbicaraan selesai. 

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah sama, sebelum ini.

Perintah larangan bersuara turut dikeluarkan ke atas responden, ejen serta sesiapa wakil daripada apa-apa hantaran dan komen di media sosial berkaitan kes tersebut sehingga perbicaraan selesai.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakimannya berkata, sekiranya perintah larangan bersuara tidak diberikan kedudukan, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara tidak wajar untuk mencemar duli bagi menjawab isu-isu yang ditimbulkan dalam media sosial.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan responden hak bersuara bukannya hak yang mutlak dan hak bersuara tersebut tertakluk kepada undang-undang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI