fb fb fb fb fb

Fakulti AI, inisiatif percepat tenaga mahir

Dr Aznul Qalid Md Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mei lalu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan inisiatif bagi mempercepat kewujudan tenaga mahir di Malaysia khususnya dalam bidang itu.

Pengarah Pusat Inovasi dan Perusahaan Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Aznul Qalid Md Sabri berkata, ia dilihat akan membina membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi AI.

"Apa yang kerajaan lakukan sekarang adalah untuk mempercepat adaptasi dalam bidang AI. Tetapi untuk sektor pendidikan sekolah dan guru-guru, kesediaannya masih belum dapat dipastikan, namun mereka boleh menggunakan apa sahaja yang ada.

"Sekarang kita perlu bekerjasama dengan universiti dan apa kita boleh guna konsep latihan. Jadi pensyarah boleh mengajar guru-guru kemudian guru-guru boleh sampaikan ilmu kepada murid," katanya ketika menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Untuk menarik minat pelajar, kerajaan perlu mempunyai inisiatif dalam pelaksanaan penggunaan teknologi itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI