fb fb fb fb fb

Larangan azan: JMB Tri Pinnacle mohon maaf secara terbuka

GEORGE TOWN, 17 Mei- Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle, Tanjong Tokong, memohon maaf kepada masyarakat beragama Islam mengenai isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di Surau Saidina Umar.

Permohonan maaf itu dilakukan secara terbuka ketika sidang media berhubung isu berkenaan di kondominium itu semalam.

Pengerusinya, Alex Low berkata, pihaknya tidak mempunyai niat melarang laungan azan dilakukan di surau berkenaan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Jelasnya, pihaknya faham dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

"Kami sama sekali tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di Surau Saidina Umar.

"Saya secara peribadi memohon maaf jika ada mana-mana pihak sakit hati.

"Kami amat kesal dan kecewa kerana isu ini hanya menjadi perbincangan dalaman secara sulit, disebarkan dan mewujudkan salah faham," katanya.

Menurutnya, masalah tersebut telahpun diselesaikan selepas satu mesyuarat JMB dan wakil AJK surau diadakan di Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut, 9 Mei lalu.

(Alex Low)

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Turut hadir, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.

Terdahulu, tular video Mesyuarat Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah kondominium di Tanjong Tokong yang mengaitkan isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan oleh sebuah surau berhampiran kejiranan berkenaan.

Media Baharu