KERTAJATI, 17 Mei- AirAsia Malaysia melancarkan laluan baharu menghubungkan Kuala Lumpur dan Kertajati, Indonesia, hari ini.
Penerbangan pertama secara terus berlepas pada pukul 9.05 pagi dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan 50% penumpang.
Pesawat AK418 mendarat pada pukul 10.20 pagi (waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati.
(Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat)
Ketibaan pesawat yang turut dinaiki Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati Jawa Barat, Bapak Muhammad Singgih.
Riad Asmat optimis laluan baharu ini akan terus mengembangkan rangkaian penerbangan syarikatnya.