fb fb fb fb fb

PRN Negeri Sembilan: Jalaluddin sedia bertanding

(FOTO RTM)

SEREMBAN, 17 Mei-Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias sedia bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya diberi mandat oleh parti.

Jalaluddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bagaiman pun menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

"Saya akan menurut segala kehendak dan arahan daripada Parti.

"Kalau saya diarahkan bertanding oleh parti, Insyaallah saya akan bersedia untuk bertanding", katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Pesara Kerajaan Satu Malaysia (Kupekmas) peringkat kebangsaan di sini.

Hadir sama, Presiden Kupekmas Malaysia, Datuk Omar Osman.


(Jalaluddin (dua, kiri) pada majlis Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Pesara Kerajaan
1 Malaysia (Kupekmas) di Seremban/FOTO RTM)

Media Baharu