fb fb fb fb fb

Laporan Batu Puteh: Sultan Johor berkenan terima taklimat Pasukan Petugas Khas

(Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan) berkenan menerima persembahan
laporan daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) 

JOHOR BAHRU, 26 Januari- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima persembahan laporan terkini Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada Khamis.

Laporan berkenaan dipersembahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam, turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani.


(Dari kiri, Azalina, Muhammad Hassan, Sultan Ibrahim, Onn Hafiz dan Zambry pada pertemuan
di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada Khamis./FOTO FB The Royal Johor)

Pada mesyuarat Kabinet Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Peguam negara, Tan Sri Idrus Harun, meneliti semula isu berbangkit terhadap Batu Puteh, supaya rundingan lebih bermakna dan segera dapat dijalankan dengan Singapura.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batu Puteh milik Singapura pada tahun 2008.

Media Baharu