fb fb fb fb fb

Johor tutup sementara taman eko rimba, trek pendakian hutan simpan

JOHOR BAHRU, 26 Januari- Semua taman eko rimba, trek pendakian dan laluan trek sukan lasak dalam hutan simpanan kekal ditutup, untuk pengunjung awam, mulai semalam hingga satu tarikh yang bakal dimaklumkan kelak.

Pengarah Jabatan Perhutanani Johor, Datuk Salim Aman menyatakan notis penutupan itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berikutan musim hujan berpanjangan.

Orang awam turut dinasihat agar tidak masuk ke kawasan-kawasan tersebut secara haram memandangkan hujan berterusan yang melanda Johor, sekali gus menjadikan lokasi itu berisiko.

Antara yang ditutup ialah trek pendakian di Gunung Berlumut, Kluang; Gunung Bekok, Labis dan Gunung Panti, Kota Tinggi.

Selain itu, antara kawasan eko rimba yang ditutup ialah Sungai Batang di Bekok, Labis; Gunung Pulai di Kulai dan Taka Melor, Segamat.


(FOTO FB Taman Eko Rimba Sungai Bantang)

Pemantauan berkala juga akan dibuat di kawasan terlibat oleh kakitangan jabatan itu bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap notis itu oleh mana-mana individu.

Terdahulu, notis penutupan itu dimuat naik di Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Sementara itu, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dalam notis berasingan memaklumkan lima taman negara di negeri ini, ditutup kepada orang awam hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Media Baharu