fb fb fb fb fb

PPZ-MAIWP kutip hampir RM1 bilion zakat pada 2022

PUTRAJAYA, 26 Januari- Sejumlah RM937 juta kutipan zakat berjaya dikumpul Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sepanjang tahun 2022.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding RM828 juta pada tahun 2021.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika sidang media
Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2022 di Everly Hotel, di sini)

Jelasnya, penyumbang tertinggi kepada kutipan zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tahun lalu adalah zakat pendapatan dengan RM631 juta bersamaan 67 peratus kutipan keseluruhan.

"Turut menyumbang kepada peningkatan adalah dasar pengembalian wang zakat, kita sebut sebagai skim wakalah melalui melalui MAIWP dan skim kafalah Muzakki, sumbangan khairat kematian yang ditawarkan kepada pembayar-pembayar zakat telah berjaya menarik minat pembayar baru dan pembayar sedia ada untuk mengekalkan dan menambah pembayaran zakat,"katanya di sini.

Tambah beliau, jumlah pembayar zakat juga telah meningkat sebanyak 17% kepada lebih 1.8 juta orang berbanding 1.6 juta pada 2021.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2022 di Everly Hotel, di sini.

Menurutnya lagi, ketika ini MAIWP telah mengagihkan sejumlah RM855,000 atau 91% hasil kutipan zakat tersebut kepada golongan asnaf.

Antara program yang dilaksanakan MAIWP adalah Program Agropreneur MAIWP membabitkan penanaman cili berskala besar membabitkan 10 asnaf, Program Laman Cendawan kepada 15 Asnaf dan juga Program Bijaktani Hidroponik Asnaf di enam Program Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan 180 asnaf.

Datuk Na'im turut memaklumkan bahawa sasaran kutipan zakat tahun ini akan meningkat kepada RM1.02 bilion membabitkan sejuta pembayar zakat

Media Baharu