fb fb fb fb fb

Laporan awal siasatan insiden Putra Heights dalam tempoh seminggu lagi

Kesan kebakaran saluran paip gas masih jelas kelihatan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights/ BERNAMA

RAWANG, 18 April- Laporan awal siasatan berhubung insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu, dijangka diketahui seminggu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kerja pengorekan tanah di lokasi kejadian setakat ini berjaya menemukan paip gas yang meletup dalam insiden berkenaan.

"Berkaitan dengan siasatan Putra Heights, daripada pihak polis siasatan masih berjalan dari segi kecuaian ataupun khianat. Satu lagi siasatan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) masih berjalan.

"Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi kita kan keluarkan laporn awam berhubung dapatan dari tempat kejadian itu. Kerj pengorekan tanah hampir selesai, kita dah jumpa paip yang meletup.

"Jadi kajian forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dilakukan bersama forensik DOSH dan forensik bomba. Jadi tunggu laporan awal dalam seminggu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang, yang disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Exco Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI