Lapor sogokan, penjawat awam layak terima ganjaran

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang Datuk S Karunanithy (dua, kanan)/Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 21 Januari – Pegawai perkhidmatan awam khususnya anggota penguat kuasa digesa tampil membuat laporan sekiranya wujud unsur sogokan ketika menjalankan tugas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan sediakan garis panduan ganjaran dollar to dollar bagi penjawat awam yang lapor cubaan sogokan.
  • Inisiatif ganjaran perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya lebih ramai penjawat awam berani tampil membuat laporan.
  • SPRM terima banyak maklumat salah laku dari MBPP, menunjukkan keperluan tingkat keberanian penjawat awam.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy, berkata kerajaan telah menyediakan garis panduan yang membolehkan penjawat awam yang melaporkan perbuatan penyogokan diberikan ganjaran.

“Kerajaan menyediakan satu garis panduan, mana-mana penjawat awam yang melaporkan perbuatan penyogokan akan diberikan ganjaran secara dollar to dollar. Inisiatif ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya penjawat awam tampil membuat laporan dan perbuatan memberi rasuah dapat dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri Program Dialog Antirasuah Kerjasama Antara SPRM Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang turut dihadiri Datuk Bandar MBPP Datuk A. Rajendran di sini.

Menurutnya sepanjang 2025, SPRM Pulau Pinang menerima kurang daripada lima laporan rasmi berkaitan cubaan penyogokan terhadap penjawat awam.

Selain itu, SPRM menerima 37 maklumat berkaitan salah laku daripada MBPP termasuk laporan daripada pelbagai unit penguat kuasa yang menunjukkan keperluan untuk penjawat awam lebih berani membuat laporan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.