fb fb fb fb fb

Lapan strategi pemerkasaan belia luar bandar

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat)

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Lapan strategi utama melibatkan 16 program digariskan untuk pemerkasaan golongan belia luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

Ini termasuk Program Start Right (PSR) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) yang menjadi antara pilihan utama pendidikan dan kerjaya belia luar bandar.
 
"Perkara-perkara ini termasuk pemerkasaan TVET itu sendiri. Kita telah memperkenalkan TVET junior, TVET tahfiz khususnya untuk pelajar-pelajar tahfiz yang diberikan kursus-kursus ketrampilan.

"Begitu juga dalam tekno usahawan TVET, pendigitalan TVET dan beberapa kerangka kursus yang dicernakan mengikut permintaan pasaran," kata Ahmad Zahid dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, kerjasama dengan kementerian-kementerian lain turut dilaksana untuk mendekati permasalah desa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjawab pertanyaan ahli parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata lapan strategi pemerkasaan belia luar bandar)

Kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada lebih 90%

Kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah meningkat kepada 90.4%, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Belia berkata TVET merupakan platform baharu yang memberi latihan jangka pendek dan panjang di peringkat sijil, diploma serta ijazah.

"Ertinya kebolehpasaran itu adalah berdasarkan kepada permintaan daripada pasaran guna tenaga dan kursus yang ditawarkan. Kursus dan latihan TVET akan meningkatkan lagi kemahiran dan selaras dengan permintaan semasa," kata Ahmad Zahid ketika menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul latif Abdul Rahman di Dewan Rakyat.

Media Baharu