fb fb fb fb fb

Lapan maut, bot karam di Senegal

(Pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari mangsa bot karam
di pantai utara Senegal)

DAKAR, 14 Julai- Sekurang-kurangnya lapan orang maut apabila sebuah bot kayu terbalik di pantai utara Senegal yang menjadi laluan migran ke Kepulauan Canary di Sepanyol.

Media tempatan melaporkan bot terbabit membawa migran dan angka korban mungkin meningkat susulan berdasarkan kes lampau, bot membawa golongan itu biasanya akan memuatkan lebih 100 orang.

“Terdapat lapan mangsa tidak bernyawa dan empat cedera,” menurut Menteri Dalam Negeri, Antoine Felix Diome selepas melawat mangsa cedera di sebuah hospital di Saint-Louis.

Bot terbabit dilapor berlepas dari selatan negara dan kemalangan berlaku pada Rabu.

(Mangsa bot karam yang terselamat di sebuah hospital di Saint-Louis)

Media Baharu